Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara 
pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.
Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan 
seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila 
ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.
Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis 
atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih 
tersisih dan berfikir negatif setiap masa.
Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita 
untuk mengatasi masalah  mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk 
mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:
1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu
 akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan 
kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan 
jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih 
efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat 
kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas 
yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah 
sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya 
menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium 
terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran
 air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan 
gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk 
mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran
 hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses
 penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai 
jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai
 contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan 
timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam 
pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. 
Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang 
berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh 
menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah 
digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan 
kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan 
pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan 
dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini 
seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan 
ketinggian dan berat badan.
Selamat mencuba!
Oleh: NAIMAH SHAARI
 
 

 
 
nice information....
ReplyDelete