Apa itu SLE?
SLE (Systemic Lupus
Erythematosus) merupakan sejenis penyakit kronik berpanjangan
berlaku kesan daripada kecelaruan sistem pertahanan tubuh yang membabitkan sistem
auto imun badan apabila sistem pertahanan menyerang tubuh. Sistem pertahanan
tubuh adalah rangkaian sel yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan
benda asing.
Sistem ketahanan tubuh badan akan menghasilkan antibodi apabila
ia mengesan mikroorganisma kuman yang masuk ke dalam tubuh. Antibodi ini akan
bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan kuman berkenaan.
Bagi pesakit SLE antibodi yang dihasilkan untuk melindungi tubuh badan ini
sebaliknya menyerang sel-sel tubuh sendiri.
Simptom SLE
Penyakit ini ada
kalanya sukar didiagnos pada peringkat awal disebabkan gejala-gejalanya tidak
begitu ketara. Gejala awal penyakit SLE tidak spesifik termasuk rasa letih
lesu, demam, sakit sendi dan keguguran rambut. Kebanyakan pesakit SLE antara 70
hingga 80% pesakit mengalami masalah kulit.
Selalunya bahagian
muka akan terjadi ruam yang dikenali sebagai malar rash. Ruam ini terjadi di
bahagian pipi dan hidung dan oleh kerana bentuk ruam ini merupai bentuk sayap
rama-rama, ia juga dikenali sebagai butterfly rash.
Antara gejala-gejala
SLE:
- ruam pipi (malar rash)
- ruam merah pada kulit (discoid rash)
- peka terhadap cahaya (photosensitivity)
- luka sekitar mulut (oral ulcers)
- artitris (radang sendi)
- radang pada selaput sereus (serositis)
- kelainan pada ginjal (renal disorder)
- kelainan fungsi saraf (neurologic disorder)
- kelainan darah (hematologic disorder)
- kelainan pasa sistem kekebalan tubuh (immunologic
disorder)
Pesakit SLE biasanya terdiri daripada wanita yang berumur 20 –
40 tahun. Mereka biasanya mengalami kesakitan sendi dan kulit namun masalah
ginjal iaitu bengkak kaki sebab kehilangan protein melalui ginjal turut
berlaku. Nisbah adalah 9 wanita kepada 1 lelaki dan lebih kurang 90% penghidap
SLE adalah wanita. Ia mungkin ada kaitan dengan estrogen. Walaubagaimana pun,
ia sukar disahkan dalam masa yang singkat, penyakit ini bukanlah penyakit
keturunan kerana peratus kebarangkaliannya agak rendah dan penurunan penyakit
SLE ini melalui ibu ke anak walaupun berlaku tetapi agak jarang.
Rawatan SLE
Pesakit SLE dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan yang boleh
mengawal sistem imun badan. Kebanyakan ubat yang diberi adalah ubat stereoid
yang bertindak mengawal SLE. Akan tetapi penggunaanya perlu dikawal kerana
kesan-kesan sampingan yang tidak diingini terutama penggunaannya yang banyak
dan lama. Pesakit juga akan dirawat dengan ubat-ubatan pengawalan sistem imun
yang lain supaya dos steroid ini akan dapat dikurangkan. Proses kehamilan
pesakit SLE hanya dibenarkan jika pesakit SLE dapat dikawal. Buat ibu-ibu yang
menyusu yang mempunyai SLE anda tidak boleh mengambil alfafa.
Penghidap SLE yang ringan mampu menikmati tahap kesihatan yang
hampir normal untuk jangka waktu yang panjang. Rawatan ubat corticosteroid
danimmunosuppressant juga dapat memanjangkan jangka hayat. Walaupun terdapat
pelbagai pilihan rawatan untuk tahap Lupus Erythematosus yang tertentu, SLE
adalah penyakit yang berpotensi untuk membawa maut.
Bentuk rawatan lupus perlu menumpu kepada kesan sampingannya.
Tiada penawar untuk penyakit ini, jadi perkara yang mampu dilakukan pesakit
adalah dengan mengurangkan gejalanya.
Ubat anti keradangan diberikan untuk kesakitan arthritis begitu
juga pleurisy. Ruam kulit boleh dibantu dengan corticosteroids, yang biasanya
datang dalam bentuk krim atau losyen bukan saja untuk menghilangkan ruam tetapi
juga untuk melegakannya. Gejala yang teruk perlu diperiksa oleh pakar menerusi
pemantauan yang rapi terhadap jenis gejala selain pelbagai cubaan ujian
dilakukan bagi mengesan jenis rawatan paling berkesan.
Bagi anda yang perlu hidup dengan lupus sepanjang hayat, beralih
kepada amalan gaya hidup yang sihat seperti diet yang seimbang dan melakukan
aktiviti senaman ringan secara terancang. Persekitaran yang bebas dari tekanan
juga sangat membantu.
Semoga artikel kesihatan (Apa itu SLE) kali ini dapat
memberi Anda satu lagi maklumat penting mengenai kesihatan diri agar dimasa
hadapan sekiranya sesiapa yang menghadapi sakit ini dapat membuat pencegahan
awal. Sekian.
No comments:
Post a Comment