Diet seharian kita terdiri daripada karbohidrat seperti nasi, mi dan
roti, buah-buahan dan sayuran, protein seperti daging dan ikan, produk tenusu
serta lemak. Pola pemakanan seharian seseorang individu boleh memberi impak
yang besar terhadap tahap kesihatan individu tersebut. Menurut kajian Dana
Penyelidikan Kanser Dunia, dianggarkan sebanyak 30-40 % risiko untuk mendapat
pelbagai jenis kanser boleh dicegah melalui diet yang sihat. Di Malaysia,
kebanyakkan kita mempunyai corak pemakanan yang mempunyai kandungan karbohidrat
dan lemak yang tinggi, tetapi kurang mengambil sayuran dan buah-buahan. Corak
pemakanan sebegini akan menyumbang kepada pelbagai gejala penyakit termasuklah
kanser.
KELAS MAKANAN DAN KESANNYA TERHADAP
KESIHATAN
1. Karbohidrat
Karbohidrat sering
dinilai melalui bacaan indeks glisemik (G.I). G.I adalah ukurun berapa pantas
50g karbohidrat tersebut akan meningkatkan paras glukosa dalam darah.
Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Bingham pada tahun 1987, semakin tinggi nilai G.I, maka
semakin banyak insulin yang akan dirembeskan untuk membantu mengangkut glukosa
ke dalam sel. Ini mengakibatkan paras glukosa
dalam darah jatuh kembali secara mendadak dan otak akan mula berfikir bahawa
badan kekurangan sumber glukosa. Otak akan menghantar isyarat bahawa badan
kekurangan tenaga dan faktor ini mendorong kita untuk makan lebih banyak.
Antara makanan yang
mempunyai indeks glisemik yang tinggi adalah seperti gula (105), nasi lemak
(90), teh tarik (79), nasi putih (72) dan roti canai (71). Makanan dengan G.I
yang tinggi ini jika di ambil secara berlebihan akan merosakkan metabolisme
glukosa dalam badan dan akhirnya akan menyumbang kepada diabetes. Kajian-kajian
oleh penyelidik luar seperti Colangelo, Coughlin dan rakan-rakan pada tahun
1997-2004 telah mendapati pesakit diabetes mempunyai risiko yang sangat tinggi
untuk mendapat kanser usus, kolorektal serta pankerias. Oleh itu makanan yang
mempunyai nilai G.I yang tinggi perlu dihindari khususnya bagi pesakit diabetes
bagi mengurangkan risiko untuk mendapat kanser.
2. Lemak
Walaupun
tiada perkaitan langsung di antara pengambilan makanan berlemak dan kanser,
namun diet yang tinggi lemak boleh menyebabkan obesiti yang merupakan faktor
penyumbang kepada beberapa jenis kanser seperti kanser usus, perut, pankerias
dan kolorektal. Melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Eugenia E. Calle dan
rakannya pada tahun 1998, kadar kematian yang tinggi telah dicatatkan bagi
pesakit kanser yang mempunyai masalah obesiti berbanding pesakit kanser yang
mempunyai berat badan yang normal. Pengambilan lemak yang berlebihan turut
meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara, serviks, ovari dan prostat
kerana lemak yang berlebihan akan mengganggu keseimbangan hormon pembiakan
dalam badan. Oleh itu, pengambilan lemak tepu yang biasanya terdapat di dalam
daging dan bahan tenusu perlu dikurangkan dan boleh digantikan dengan lemak tak
tepu seperti kacang, avocado, buah zaitun dan bijian.
3. Protein (daging merah)
Pada
tahun 2003, terdapat 26 kajian telah dilaporan di dalam laman web MEDLINE yang membincangkan
mengenai perkaitan di antara diet dan kanser usus serta kolorektal. Daripada 26
laporan tersebut, 21 daripadanya menyokong bahawa terdapat perkaitan positif di
antara diet daging merah dengan kanser usus dan kolorektal. Menurut kajian
Brockton pada tahun 2000, risiko untuk mendapat kanser usus adalah 35 % lebih
tinggi dengan pengambilan diet daging proses seperti sosej, nuget, dan daging
burger berbanding daging merah yang belum diproses. Oleh itu, pengambilan
daging yang telah diproses dan daging merah perlu dihadkan dan boleh digantikan
dengan daging ayam, ikan dan kekacang seperti kacang dal dan kacang kuda yang
lebih selamat.
4. Buah-buahan dan sayuran
Menurut kajian
Gladys Block dan rakannya, pada era 1990-an, masyarakat dunia mula mempunyai kesedaran
untuk meningkatkan pengambilan sayuran dan buah-buahan kerana percaya ianya
akan mengurangkan risiko untuk mendapat kanser. Masyarakat yang kurang makan sayuran
dan buah-buahan akan menghadapi 2 kali ganda risiko untuk diserang kanser
termasuklah kanser paru-paru. Perkara ini turut dibuktikan oleh Institut Penyelidikan
Kanser Amerika di mana dengan peningkatan diet buah-buahan dan sayuran akan
menurunkan sebanyak 20-33 % kadar risiko mendapat kanser paru-paru termasuk golongan
perokok. Rahsianya adalah kerana buah-buahan dan sayuran kaya dengan kandungan
fitokimia yang bersifat pelindung seperti isoflavone, lycopene, selenium, flavanoids,
Beta-carotene, vitamin dan lain-lain.
SIGNIFIKASI PENGAMBILAN VITAMIN B17
KEPADA BADAN KITA
Ramai di kalangan
kita menggemari buah-buahan kerana rasanya yang enak dan paling penting
merupakan sumber vitamin dan serat yang utama. Vitamin amat diperlukan untuk
membantu dalam proses perkembangan sel, bertindak sebagai agen anti-oksida
serta meningkatkan rintangan badan terhadap penyakit. Salah satu vitamin yang
kita perlukan adalah Vitamin B17 yang juga dikenali sebagai Amygdalin dan
Laetrile. Vitamin B17 telah dibuktikan secara saintifik mempunyai sifat anti-kanser
dan anti-tumor oleh Dr. Ernesto Rodriguez dari Hospital Oasis of Hope di
Mexico. Menurut laporan yang dibuat oleh Dr. Dean Burks, seorang pakar kanser
Jerman, Vitamin B17 juga boleh bertindak sebagai anti-neoplastik iaitu mampu
menyerang dan membunuh sel-sel kanser.
Apabila Vitamin B17
masuk ke dalam badan kita, ia akan terurai kepada elemen sianida dan
bezaldehyde oleh enzim Beta-glucosidase yang terdapat pada sel-sel kanser.
Kedua-dua elemen ini seterusnya akan menyerang dan membunuh sel-sel kanser
tersebut. Lebihan B17 akan ditukarkan kepada elemen-elemen positif oleh enzim
Rhodanese yang dihasilkan oleh sel-sel normal dalam badan kita. Vitamin B17
sering ditemui dalam kuantiti yang tinggi pada bahagian biji dan teras kebanyakkan
buah, terutamanya aprikot, epal, beri, pear, prun dan pic. Namun,
kebanyakkan antara kita akan membuang biji dan hanya makan isi buah sahaja. Ini
menyebabkan berlaku pengurangan kadar
vitamin B17 dalam diet seharian kita Penaung kepada produk Farmas
Health yang juga bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM, Prof.
Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa mengakui biji aprikot mempunyai kandungan Vitamin
B17 yang tinggi dan dapat membantu dalam mencegah dan merawat
kanser. Beliau juga menggalak-kan pengambilan biji aprikot yang telah diproses
dan dikapsulkan mengikut piawaian teknologi farmaseutikal melalui penyelidikan
klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta
telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Ini amat penting bagi
memastikan biji aprikot tersebut tidak terdedah kepada bakteria, kulat dan
radikal bebas yang boleh menyebabkan keracunan kepada pengguna. Pakar Kesihatan Awam yang juga
Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa juga mengakui Aprikot kaya
dengan B17 yang mampu merencatkan sel ab-normal dan seterus-nya mengekalkan perkembangan
sel-sel yang sihat. Keberkesanan Vitamin B17 turut dirasai oleh salah seorang
pesakit kanser iaitu Pn. Safiah. Beliau telah disahkan menghidap kanser usus
pada tahun 2008 dan telah menjalani kemoterapi. Semasa menjalani kemoterapi,
beliau juga turut mengamalkan vitamin B17. Beliau mendapati masalah sembelit
semasa membuang air besar semakin berkurang dan badan terasa lebih bertenaga
walaupun setelah menjalani kemoterapi.
Dapatkan Produk Anti Kanser B17 Apricon Farmashealth melalui stokis & farmasi berhampiran anda...
Rencana ini
disediakan & ditaja oleh : TK FARMAS SOLUTION & INDUSTRIES
Artikel Keluaran Harian Metro 29/09/2013
No comments:
Post a Comment