Mesti ramai yang tidak tahu bahawa haiwan seperti kucing dan anjing juga boleh menghidap penyakit kanser seperti manusia. Kanser merupakan penyakit nombor 1 yang sering dihidapi oleh kucing dan anjing. Kebanyakan simptom kanser yang terdapat pada kucing sukar untuk dikenalpasti, tetapi jika mana-mana tanda kanser yang disenaraikan dialami oleh kucing anda, anda disarankan untuk bawa kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan.
1. Sering menyembunyikan diri
Kucing memang suka dengan tempat yang sempit, tetapi jika kucing anda lebih suka menghabiskan masa di bawah katil atau di tempat-tempat yang sukar untuk dicapai, itu merupakan satu tanda bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena. Menurut Jake Zaidel (pengasas Malta Animal Hospital di New York dan ahli American Veterinary Medical Association), "Pemilik kucing sering memberitahu saya bahawa mereka perasan, kucing mereka yang sebelum ini gemar bersosial, apabila sakit mereka lebih suka menghabiskan masa menyorok di tempat persembunyian yang baru dan tidak mahu makan." Apabila kucing anda menunjukkan tanda seperti ini, tidak semestinya ia menghidap kanser, tetapi sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. Jadi anda disarankan untuk berjumpa doktor haiwan bagi memastikan tahap kesihatannya.
2. Hilang berat badan
Menurut Dr Zaidel, kehilangan berat badan merupakan simptom utama kanser pada kucing. Ia merupakan tanda kanser saluran gastrousus (usus pencernaan). "Apabila kucing yang biasanya suka makan tetapi mula menunjukkan tanda-tanda hilang selera makan, ia sangat merisaukan," katanya. Kanser juga boleh menyebabkan berat kucing berkurang semasa ia masih mempunyai selera makan. Jika berat badan kucing anda menurun, sama ada cepat atau lambat, pastikan buat temujanji dengan doktor haiwan.
Kanser Saluran Gastrousus |
3. Perubahan pada mulut
Kudis, ketulan, bau pelik, pendarahan, atau perubahan pada warna gusi boleh menjadi tanda kanser mulut, terutamanya pada kucing dewasa. Tanda ini sering dibiarkan dalam jangka masa yang lama kerana tidak disedari oleh pemilik kucing. "Banyak kes apabila kucing dibawa berjumpa dengan saya, kanser yang dihidapi telah berada pada tahap kronik kerana mereka tidak dapat mengesan tanda-tanda kanser tersebut sehingga ianya menjadi lebih parah," kata Zaidel. Anda disarankan untuk melihat mulut kucing anda apabila ia menguap atau makan. Jika terdapat sesuatu yang luar dari kebiasaan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor haiwan.
Kanser mulut |
4. Pendarahan di hidung
Hidung berdarah adalah sesuatu yang tidak normal, kata Dr. Timothy Rocha, pakar onkologi di New York. "Jika ia dialami oleh kucing dewasa, ia sangat membimbangkan. Ia boleh menjadi tanda-tanda kanser hidung," katanya. "Jika dialami oleh kucing yang masih muda, saya akan menjadi lebih bimbang memikirkan jika terdapat sesuatu tersekat di situ sebelum bimbang mengenai kanser."
Kanser hidung |
5. Cirit birit atau perubahan dalam tabiat perkumuhan
Selalunya cirit birit bukanlah tanda kucing mengalami kanser, kata Dr. Rocha, tetapi sekiranya ia berpanjangan atau menjadi lebih teruk, bawalah kucing anda bertemu doktor haiwan. Penggunaan litter box yang berlebihan, kesukaran semasa kencing atau buang air besar, atau darah pada najis juga tanda kucing anda menghidap kanser, menurut PetMD.com. Tumpukan perhatian pada kekerapan kucing anda muntah. Ia mungkin disebabkan oleh gumpalan bulu (hairball) atau sakit perut, tetapi ia juga merupakan tanda kanser saluran gastrousus, kata Dr. Zaidel.
Hairball |
6. Sawan
Sawan merupakan tanda kanser otak pada kucing, terutamanya kucing dewasa, kata Dr. Zaidel. Jika anda mula perasan aktiviti yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak terkawal, seperti mengunyah, sentakan kaki, atau mulut berbuih, kucing anda mungkin mengalami sawan dan jumpalah dengan doktor haiwan dengan segera. Kucing juga boleh mengalami serangan sawan atypical. Ia bukan seperti sawan biasa sebaliknya ia adalah sawan yang membuatkan mangsa melakukan perkara-perkara pelik seperti marah secara tiba-tiba atau histeria, menjilat atau mengunyah secara berlebihan, menggaru atau menggigit tuan mereka.
Kanser otak |
7. Perubahan pada kulit
"Setiap ketulan, benjolan, atau perubahan pada kulit perlu diperiksa," kata Dr. Zaidel. "Ia mungkin benigna atau kanser, tetapi lebih mudah untuk dirawat sekiranya dapat dikesan dari awal." Cuba rasakan sekiranya terdapat lebam, ketulan, atau bengkak semasa anda usap kucing peliharaan anda. Jika anda perasan sesuatu yang pelik, jangan berlengah - tidak ada cara untuk membezakan antara ketulan itu benigna atau malignan tanpa mengambil sampel. Serta berilah perhatian kepada mana-mana luka yang parah atau luka yang kelihatan gatal atau sakit.
8. Sakit atau rasa tidak selesa
Jika kucing anda biasa mengerekot (snuggle) tetapi mula berteriak apabila anda mengangkatnya, pergilah berjumpa dengan doktor haiwan kerana walaupun ia bukan kanser, mungkin ada sesuatu yang tidak kena yang menyebabkan ia rasa tidak selesa.
Customer Hotline : 0389273330 / 0389273332
Website : www.farmashealth.com.my
Facebook : www.facebook.com/AprikotB17
Testimoni : https://www.youtube.com/watch?v=IlGWrD_wsBQ
No comments:
Post a Comment