Apricon Farmas Health: Nasi Penyebab Kanser? Apricon Farmas Health

Followers

Saturday, March 21, 2015

Nasi Penyebab Kanser?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saintis dunia telah menemui beberapa berita yang merisaukan tentang makanan asasi kita iaitu nasi yang dipenuhi dengan bahan penyebab kanser, iaitu arsenik - sehingga mereka menasihatkan agar kanak-kanak kecil tidak diberi makan nasi "lebih daripada dua kali sebulan."

Dalam penemuan tersebut, Consumer Reports telah menganalisis data dari Food and Drug Administration (FDA) terhadap 656 makanan yang mengandungi nasi dan mendapati tahap arsenik yang terkandung di dalamnya adalah pada tahap yang tinggi, di mana ia boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser.

Arsenik sememangnya terdapat dalam pelbagai bahan makanan, termasuklah buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran. Arsenik diserap dari tanah dan racun perosak yang diberi semasa proses penanaman. Walau bagaimanapun, padi lebih mudah menyerap arsenik jika dibandingkan dengan kebanyakan tumbuhan lain. Penyelidik Dr Michael Crupain, pengkaji dari Consumer Reports menjelaskan:


“Arsenic in our food is a real public health problem and we think it’s important to eat less of it.”
“We found that hot rice cereal and rice pasta can have much more arsenic than we saw in our previous tests … So we now recommend that children rarely eat these foods, which means not more than twice per month.”

Beras yang mengandungi tahap arsenik yang rendah

Salah satu penemuan terbesar ialah tahap arsenik yang terkandung dalam beras adalah bergantung kepada di mana ia ditanam. Beras yang digunakan untuk membuat sushi dari Amerika Syarikat dan beras putih basmati dari California, India dan Pakistan mengandungi separuh daripada jumlah arsenik berbanding kebanyakan jenis beras lain. Berita buruk untuk pencinta beras perang - penyelidik mendapati bahawa beras perang sebenarnya mengandungi arsenik 80 peratus lebih tinggi berbanding beras putih.

Adakah kita perlu tinggalkan nasi?

USA Rise Federation mengatakan bahawa:

“Studies show that including white or brown rice in the diet provides measurable health benefits that outweigh the potential risks associated with exposure to trace levels of arsenic.”
Maksudnya, jika pengambilan makanan disertakan bersama nasi, tahap arsenik mampu dikawal dengan khasiat-khasiat yang disalurkan melalui makanan yang lain. FDA masih belum menetapkan tahap keselamatan yang tepat untuk tahap arsenik dalam padi. Bagaimanapun, mereka menasihatkan ibu bapa untuk mengelakkan dari menghidangkan beras dan pasta beras untuk anak-anak mereka sebagai makanan asasi.

P.s: Islam menyuruh umatnya supaya membasuh bahan masakan sebanyak 3 atau 7 kali sebelum ia dimasak untuk membuang bahan kimia atau bakteria.  Ia adalah untuk menjaga umatnya dari dijangkiti pelbagai jenis penyakit, termasuklah kanser. 

No comments:

Post a Comment