Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Bawang putih telah digunakan dalam bidang masakan dan perubatan selama beribu tahun. Terdapat banyak dakwaan tentang bawang putih yang digunakan sebagai penawar untuk pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, tahap kolesterol yang tinggi, sakit jantung, atherosclerosis, dan pelbagai penyakit kanser.
Mencegah Kanser
Kanser usus |
Mengambil bawang putih pada setiap hari didapati boleh mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser. Sesetengah orang menggunakan bawang putih untuk mencegah kanser usus besar, kanser rektum (dubur), kanser perut, kanser payudara, kanser prostat, kanser pundi kencing dan kanser paru-paru. Anda juga boleh menambah pemahaman terhadap keberkesanan bawang putih sebagai penawar kanser dengan membaca jurnal penyelidikan seperti Cancer Prevention Research.
Jangkitan Kulat di Kulit
Kurap (Athlete's Foot) |
Beberapa penyelidikan telah melaporkan bahawa gel bawang putih yang disapukan pada kulit boleh merawat kulat, kegatalan dan kurap pada kaki.
Bersifat antiseptik
Jangkitan E.coli |
Bawang putih memang terkenal dengan ciri-ciri antibakteria dan antivirus yang membantu mengawal bakteria, virus. kulat, yis dan jangkitan cacing. Terdapat beberapa bukti bahawa bawang putih segar dipercayai memainkan peranan penting dalam mencegah keracunan makanan dengan membunuh bakteria seperti E. coli, Salmonella enteritidis, dan lain-lain. Ia juga digunakan untuk membina sistem imun badan.
Pelindung Kardiovaskular
Atherosclerosis |
Terdapat bukti tentang bawang putih mencegah sakit jantung dan pengerasan arteri (atherosclerosis), tetapi sesetengah kajian menunjukkan bahawa bawang putih, walaupun ia mampu mencegah sakit jantung dan pengerasan arteri, ia juga mampu membuatkan tekanan darah menjadi rendah. Bawang putih juga boleh mencairkan darah, sekaligus membantu mencegah serangan jantung dan strok dengan mencegah pembentukkan darah beku dalam badan.
Selsema
Selsema |
Terdapat bukti yang mengatakan pengambilan bawang putih boleh mengurangkan kekerapan dijangkiti selsema pada orang dewasa. Mereka yang mengambil bawang putih lebih kurang kekerapan untuk dijangkiti selsema berbanding mereka yang mengambil placebo (sejenis ubat), dan sekiranya mereka yang mengambil bawang putih dijangkiti selsema, gejala tersebut berlalu pergi dengan lebih cepat berbanding mereka yang mengambil placebo.
Penggunaan Bawang Putih
Di laman web University of Maryland Medical Center mencadangkan agar mengambil 2-4 gram bawang putih segar yang dicincang. Ia perlu dicincang atau dipotong untuk melepaskan allicin yang merupakan komponen aktif dalam bawang putih.
Disarankan agar memakan bawang putih secara mentah, kerana jika kita memasak bawang putih, beberapa khasiat di dalamnya akan termusnah. Tetapi, memakan bawang putih bukanlah semudah yang dikatakan. Jadi kita disarankan untuk masak bawang putih (menumis) secara sederhana, tidak terlalu kering. Jangan gunakan microwave untuk memasak bawang putih kerana ia akan membunuh allicin dan kesan
Berikut adalah tip semasa memasak bawang putih untuk mengekalkan khasiat penyembuhan:
- Hancurkan bawang putih dan tunggu 10 min sebelum memasak. Ia adalah untuk meningkatkan pembentukan allicin dan membuatkan ia lebih tahan terhadap haba panas. Kemudian masak di atas api kecil atau sederhana dalam tempoh yang singkat.
- Jika anda ingin mengambil makanan tambahan yang mengandungi bawang putih, terdapat banyak produk yang dijual untuk tujuan perubatan. Jumlah allicin bergantung kepada kaedah penyediaan, dan tidak semua makanan tambahan tersebut mengandungi jumlah bahan-bahan aktif yang sama. Jadi, berhati-hatilah membaca label khasiat makanan.
No comments:
Post a Comment