Apricon Farmas Health: 5 Petua Asah Minda Aktif & Cerdas! Apricon Farmas Health

Followers

Tuesday, March 22, 2016

5 Petua Asah Minda Aktif & Cerdas!

5 Petua Asah Minda Aktif & Cerdas. mehsini kita kongsikan sikit walaupu sudah ada yang mengetahuinya  tetapi pada yang tidak ketahuinya boleh la baca serba sedikit pasal otak kita ni. Walaupun simple lahkan tetapi ada juga yang tidak ketahuinya haa..

Andai kita nak jadi orang baik-baik, kita kena buang sifat buruk. Jadi, kalau mahukan minda yang aktif dan cerdas, kita kenalah buang perkara yang boleh menjadikan minda kita pasif dan kurang cerdas.

5 Sebab Minda Kurang Aktif dan Cerdas
  1. Tak Makan Sarapan Pagi - Kalau tak makan pagi mana kita nak dapat tenaga ? minda yang aktif, perlukan bekalan tenaga yang mencukupi di waktu pagi. Kebanyakan orang kita jarang mengambil sarapan pagi kerana masalah tidak sempat dan takut pada sakit perut. makan itu perlu tapi tidak perlu berlebihan.
  2. Terlebih Makan - Makan secara melampau juga tidak bagus untuk kesihtan. jadi kurang-kurangkanlah makan secara melampau kerana boleh jadi malas, bila malas maka banyaklah penyakitnya.
  3. Kurang Berimaginasi - Orang kata suka berangan. Contohnya, anatara bercita-cita tinggi untuk mencapai dalam matlamat hidup kita, berimaginasi bentuk badan yang baik dan sihat dan sebagainya. Berimaginasilah perkara-perkara yang baik sahaja. Minda perlukan suapan yang positif.
  4. Malas Berfikir - Hasil kerja yang bagus pastinya datang daripada perancangan yang berkualiti. Kualiti terhasil daripada perbincangan dan soal jawab yang bagus. Contohnya cukup mudah, ada perkara yang kita boleh buat sendiri dan memaksa kita untuk berfikir menyelesaikan masalah. Jika tak berjaya, barulah kita boleh bertanya pada mereka yang lebih tahu. Bertanya itu salah satu hasil kejayaan mereka yang berfikir.
  5. Terlebih Tidur - Tidur memang penting. Ibarat handphone juga perlu dicaj. Ayuh kita perkuat minda aktif dengan mengaktifkan sel-sel minda kita dengan sesuatu benda yang bermanfaat.
Petua Minda Aktif dan Cerdas
  1. Membaca Al-Quran - bagi kita umat islam kita jadikan amalan seharian walaupun sepotong ayat. Setiap huruf yang kita baca in shaa allah moga-moga kita dikurniakan rahmat.
  2. Sentiasa Berfikiran Positif - yaa POSITIF POSITIF dan terus POSITIF. Minda yang aktif, in syaa allah kita sentiasa berbaik sangka dan positif.
  3. Amalkan Makanan yang Sihat - example supplemen vitamin minda aktif, buah kurma, kismis mampu merangsang minda kita dan anak-anak untuk lebih aktif dan cerdas.
  4. Awasi Pergaulan - Kata orang, berkawan dengan penjual minyak wangi, paling tidak kita juga berbau wangi walaupun kita tidak membeli minyak wanginya. Ingin berjaya, rajin-rajinkan membaca pengalaman mereka yang melalui perit jerit sebelum berjaya seseorang itu.
  5. Bersenam - Bersenam dapat mengerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan juga akan menjadi lebih baik.
  6. Banyakkan Membaca - Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Mebaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menjalankan daya ingatan. Cuba ingat sedikit sebanyak fakta yang terkandung dalam bahan bacaan. Katakan berulang kali untuk meningkatkan ingatan mengenai sesuatu maklumat atau tarikh hingga benar-benar ingat maklumat berkenaan.

No comments:

Post a Comment