Apricon Farmas Health: 99 Kes Kesihatan Akibat Cuaca Panas Direkod Apricon Farmas Health

Followers

Thursday, March 31, 2016

99 Kes Kesihatan Akibat Cuaca Panas Direkod

PUTRAJAYA 28 Mac - Kementerian kesihatan merekodkan sebanyak 99 kes berkaitan haba akibat cuaca panas untuk tempoh 1 hingga 27 Mac dan kesemuanya telah dirujuk di hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 14 kes adalah strok haba, kejang haba (22kes) dan 63 kes kelesuan serta satu kematian yang dilaporkan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, katanya, berdasarkan pemantauan sejak 22 Mac hingga semalam tiadketata kes strok haba direkodkan malah kes kelesuan haba dan kejang haba turut menurunkkan penurunan.

"Orang ramai perlu ketahui tanda-tanda awal kelesuan haba dan strok haba supaya segera berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan".

"Beri perhatian dan ambil tindakan sewajarnya dalam mengatasi penyakit berkaitan haba panas," Katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr. Noor Hisham seterusnya menasihatkan orang ramai agar memberi penekanan tentang kesihatan masing-masing daripada pelbagai aspek seperti menagguhkan atau menghadkan aktiviti lasak seperti berkayak, berbasikal, maraton dan memanjat gunung.

Beliau berkata, orang ramai seboleh-bolehnya perlu mengelak berada di luar rumah atau bangunan dan pastikan rumah atau bangunan mempunyai pengudaraan yang mencukupi.

Namun jelasnya, jika aktiviti luar tidak dapat dielakkan maka orang ramai perlu memendekkan tempoh aktiviti atau berehat dalam tempoh yang panjang serta minuman dengan banyak setiap kali waktu rehat.

"Minum air secukupnya dan minumlah air yang telah dimasak bagi memastikan cecair dalam tubuh adalah mencukupi. Pakai pakaian yang ringan, cerah dan elakkan pakaian berwarna gelap, tebal dan ketat.

"Pakailah topi atau payung yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas apabila berada di luar rumah atau bangunan dan tidak duduk dalam kenderaan yang bertutup tanpa penyamaan udara," katanya.

Beliau berkata, cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya cecair dalam tubuh akan berkurangan yang sekali gus menyebabkan individu terbabit akan mudah merasa letih dan kurang bertenaga.

Tambahnya, keletihan akibat panas mempunyai risiko untuk mengalami dehidrarsi dan strok haba terutama kanak-kanak dan warga emas.

Sumber:

No comments:

Post a Comment