Apricon Farmas Health: Enam Ancaman Lelaki Apricon Farmas Health

Followers

Wednesday, March 23, 2016

Enam Ancaman Lelaki


Bagaimanakah seorang lelaki dapat mengekalkan kesihatan mereka?
Bila sebut lelaki korang ingat nak jadi lelaki ini mudah ke, banyak ajak-ajak dan hasutan yang perlu di hadapi bagi lelaki, terutamanya ketika usia seseorang lelaki semakin meningkat naik maka semakin banyak mereka perlu laluinya.

Okay, lelaki ini boleh dikatakan ingin menampakkan kemacuran mereka terserlah terutama di mata perempuan haa. Tapi itu benda biasa semua lelaki nak nampk hebat depan mata perempuan, ada yang betul caranya dan ada juga cara yang tidak betul. Yang tidak betul itu lah yang membayakan diri mereka sendiri, malah boleh memberi kesan kepada orang lain juga.

Mari kita bercakap pasal kesihatan, ramai yang sedia maklum bahawa lelaki ini tidak berapa suka rawatan dari doktor. Ini kerana mereka fikirkan bahawa penyakit itu akan sembuh sendiri kalau dibuat " Dont know!" je. 

Tak semua penyakit boleh sembuh dengan sendiri bro. sekarang terlalu banyak penyakit berbahaya yang boleh meragut nyawa kita bila-bila masa sahaja jika kita tidak ada inasatif untuk merawat penyakit kita ini. 

Saya terjumpa keratan akhbar yang menyatakan penyakit-penyakit yang mudah dihidapi oleh lelaki.

  • SKIZOFRENIA

Skizofrenia bermaksud gangguan kimia dalam otak. Seorang psikatari Sweden, Eugen Bleuler menggunakan perkataan ini buat pertama kalinya pada tahun 1911 unuk menjelaskan keadaan pesakit yang pemikirannya seakan-akan tidak boleh lagi bersambung.


Simptom Skizofrenia muncul pada usia 15 ke 35 tahun. Secara gender, lelaki dan perempuan memiliki risiko yang sama untuk mendapat simptom ini, kana tetapi skizofrenia ini lebih cepat muncul pada lelaki.

Sekitar 80 peratus pesakit boleh menikmati kehidupan yang selesa dan produktif jika menjalani rawatan jadual yang telah ditetapkan.Pesakit skizofrenia lebih ramai membunuh diri jika dibandingkan dengan populasi umum. Dianggarkan 10 peratus pesakit (terutama lelaki muda) membunuh diri.


Skizofrenia boleh terjadi dalam keluarga. Risiko mewarisinya bagi mereka yang memiliki keluarga terdekat mengalami skizofrenia adalah 10 peratus, manakala 40 peratus bagi mereka yang memiliki ibu bapa atau kembar yang menghidap skizofrenia.

  • PENYAKIT JANTUNG
Sakit jantung sering menyerang lelaki berbanding wanita. Hal ini kerana wanita mendapat perlindungan daripada hormon estrogente. Akan tetapi selepas tempoh menopaus, risiko mereka terdedah serangan sakit jantung sama seperti lelaki.

anatara tanda-tanda seseorang itu sakit jantung ialah seseorang itu terasa sakit dada, Sesak Nafas,
Bengkak-bengkak di Kaki, Mudah Berpeluh, dan anda akan Sering Berdebar-debar.

  •  KENCING MANIS & DARAH TINGGI

Kebanyakan pesakit yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi berpotensi mendapat penyakit jantung. Penghidap penyakit kencing manis sering mengalami kekurangan hormon insulin di dalam badan.
Akibatnya lemak di dalam badan sukar diproses dan salur darah menjadi sempit akibat kekurangan bekalan darah ke jantung. Tekanan darah tinggi pula menyebabkan jantung bekerja lebih teruk dan menjadikannya lebih besar.
untuk maklumat lanjut anda boleh membaca artikel ini pada link ini  http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0619&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_03.htm

No comments:

Post a Comment