Apricon Farmas Health: Dr. Hidayatul Radziah Apricon Farmas Health

Followers

Tuesday, April 19, 2016

Dr. Hidayatul Radziah

Tekanan Darah Tinggi 


Untuk memastikan semua penyedia perkhidmatan kesihatan sama ada dalam industri perkhidmatan rawatan primer (seperti klinik kesihatan), perkhidmatan rawatan tertier (seperti hospital besar) atau klinik swasta dapat mengikut perkembangan dan pendekatan berdasarkan bukti daripada kajian yang terkini dalam penjagaan pesakit, garis panduan amalan klinikal atau dalam Bahasa Inggerinya, "clinical practice guidelines" (CPG) disediakan sebagai rujukan. CPG ini digubal dan dikemaskini oleh panel doktor pakar yang ternama dalam bidang masing-masing agar boleh dimanfaatkan oleh semua pegamal perubatan. Ini adalah supaya para pesakit mendapat penjagaan dan rawatan yang terbaik. Walaupun masyarakat umum tidak perlu tahu isi kandungannya secara terperinci, pengetahuan mengenai pesanan penting yang disampaikan dalam garis panduan ini dapat membantu dalam penjagaan kesihatan.

Sedia untuk belajar mengenai isu asas berkenaan penyakit tekanan darah tinggi? Teruskan membaca!

Penyakit tekanan darah tinggi, atau hipertensi, didefinisikan sebagai tekanan darah sistolik pada paras 140 mmHg atau lebih dan/atau tekanan darah diastolik pada paras 90 mmHg atau lebih secara berterusan.

Pernahkah anda perhatikan tekanan darah anda yang dicatit dalam buku rekod atau diberitahu kepada anda mempunyai dua nombor berbeza? Satu nombor ditulis di atas yang satu lagi (eg. 120/80 mmHg)? Kedua-dua nombor adalah sama penting. Nombor yang di atas adalah tekanan darah sistolik iaitu tekanan dalam arteri (pembuluh darah) ketika jantung mengepam darah melaluinya. Tekanan darah diastolik (nombor yang di bawah) pula merupakan tekanan dalam arteri ketika jantung berehat antara setiap degupan. Penyakit tekanan darah tinggi akan didiagnos apabila anda mempunyai tekanan darah 140/90 mmHg atau lebih secara berterusan.

Kadar prevalens penyakit tekanan darah tinggi di Malaysia adalah 32.7% dalam kalangan masyarakat berumur 18 dan ke atas 43.5% dalam kalangan masyarakat berumur 30 dan ke atas pada tahun 2011.

Pendapat popular yang penyakit tekanan darah tinggi hanyalah penyakit orang tua adalah salah. Tijauan Kesuhatan&Morbiti yang dijalankan pada tahun 2011 mendapati 32.7%  rakyat Malaysia yang berumur 18 dan ke atas menghidap penyakit tekanan darah tinggi. Peratus penyakit tekanan darah tinggi dalam kumpulan berumur 30 dan ke atas pula adalah 43.5%. Daripada hasil tinjauan ini, kita dapat simpulkan yang hampir SEPARUH daripada rakyat yang berumur 30 tahun ke atas dan hampir SATU PERTIGA rakyat yang berumur atas 18 tahun mempunyai penyakit tekanan darah tinggi.

Penyakit tekanan darah tinggi yang tidak dirawat secara optimal menyebabkan morbiditi dan mortaliti cardiovaskular, cerebrovaskular dan renal.

Banyak kajian telah membuktikan yang penyakit tekanan darah tinggi yang tidak dikawal dengan baik menyebabkan pelbagai komplikasi. Antara komplikasi ini adalah serangan jantung, kegagalan jantung, angin ahmar atau strok dan kegagalan buah pinggang. Kerana inilah para doktor berusaha untuk mendapatkan diagnosis awal, mengesa pesakit agar mengambil ubat-ubatan yang diberi, mengubah gaya hidup mereka dan menghadirkan diri ke temujanji susulan.

Tekanan darah sistlik pada paras 120 ke 139 atau tekanan darah diastolik 80 ke 89 mmHg adalah pre-hipertensi dan rawatan mungkin diperlukan dalam golongan berisiko tinggi.

Pre-hipertensi dierikan sebagai peringkat sejurus sebelum munculnya penyakit tekanan darah tinggi. Paras tekanan darah ini adalah lebih tinggi daripada paras optimal, namun belum cukup untuk memenuhi kriteria diagnosis penyakit tekanan darah tinggi. Beberapa kajian menunujukkan yang golongan pre-hipertensi ini mempunyai risiko komplikasi yang sama dengan pesakit tekanan darah tinggi. Sebanyak 1/3 daripada kematian yang berkaitan dengan penyakit tekanan darah tinggi terjadi dalam golongan ini. Justeru, golongan pre-hipertensi perlu mula mengambil langkah untuk mengurangkan risiko ini, termasuklah dengan mengubah gaya hidup. Bagi yang mempunyai faktor risiko lain seperti diabetes dan penyakit buah pinggang, pengambilan ubat mungkin disarankan.

Perubahan gaya hidup perlu disyorkan kepada semua individu dengan penyakit tekanan darah tinggi dan pre-hipertensi.

Kadangkala, pesakit sukar untuk memahami yang penyakit tekanan darah tinggi dan pre-hipertensi tidak boleh ditanggani dengan ubat-ubatan sahaja. Para doktor menghadapi masalah meyakinkan pesakit untuk membuat perubahan ke arah gaya hidup sihat seperti mengurangkan berat badan , mengurangkan garam dan makanan, menjauhi alkohol, bersenam dengan kerap, mengamalkan diet yang seimbang dan terapi santaian. Satu lagi pesanan penting untuk anda, perubahan ini perlulah diteruskan secara konsiten. Oleh itu, pesakit perlu berusah keras dan sokongan daripada orang terdekat termasuklah keluarga, rakan dan juga doktor dapat memberi lebih motivasi kepada pesakit.

Keputusan dalam rawatan perubatan perlu berlandaskan risiko vaskular global dan bukan pada paras tekanan darh sahaja.

Terdapat pelbagai ubat yang digunakan untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi. Ubat-ubatan ini dipanggil ubat anti-hipertensi. Terdapat pelbagai ubat anti-hipertensi dan setiapnya bertindak dengan mekanisme yang berbeza. Doktor anda selalunya akan memulakan rawatan dengan ubat "baris pertama" atau uabt yang lebih lazim digunakan jika tiada kontraindikasi. Jangan ragu-ragu untuk bertanya jika anda ada soalan mengenai ubat dan pengambilan ubat. Perbincangan mengenai bila dan bagaimana untuk mengambil ubat serta kesan sampingannya juga adalah amat penting. Cuba untuk menghafal nama dan dos ubat anti-hipertensi anda (Buat nota catatan atau simpan dalam telefon pintar anda). Ini adalah amat berguna untuk doktor yang akan merawat anda terutamanya jika anda berjumpa dengan doktor selain doktor anda yang biasa.

Hanya 35% daripad rakyat Malaysia mencapai kawalan tekanan darah bawah paras 140/90 mmHg semasa dalam rawatan. Setiap usah perlu ditumpukan untuk mencapai target tekanan darah. Target tekanan darah adalah spesifik bagi setiap kumpulan pesakit.

Sayangnya, majoriti pesakit tekanan darah tinggi mencapai target tekanan darah. Ada kalanya, jenis ubat anti-hipertensi perlu ditukar atau pesakit tidak mengambil dos yang betul, Ponteng daripada mengambil ubat dan melaraskan dos sendiri tanpa pengetahuan doktor. Ini adalah tabiat yang amat berbahaya. Penyakit tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh  menyebabkan akibat buruk seperti serangan jan tung dan strok berdarah (pendarahn otak). Segelintir pesakit enggan melakukan perubahan gaya hidup dan lebih suka untuk mencuba perubatan alternatif dengan "uabtan" tidak berdaftar yang lebih banyak mudarat daripada mujarabnya.

Dalam menangani penyakit ini, anda perlu berganding bahu dengan doktor anda dalam mencapai tekanan darah yang dikehendaki. Pengetahuan mengenai penyakit, simptom dan gejalanya, komplikasi dan rawatan anda dapat menjadi batu loncatan ke arah itu.

No comments:

Post a Comment