Apricon Farmas Health: Kanser ? Apricon Farmas Health

Followers

Tuesday, March 29, 2016

Kanser ?

Apakah Penyebab Kanser & Bagaimana Dikesan 

Semua, setiap, kesemua, seluruh dari kita mampu dan mempunyai risiko untuk mendapat kanser. Kebanyakkan terbentuk tanpa sebab yang jelas. Walaubagai manapun, beberapa faktor diketahui meningkatkan lagi risiko sel badan menjadi tidak normal.

Karsinogen Kimia
  • Dedahan kepada kima karsinogen akan meningkatkan lagi risiko. contoh karsinogen ialah asap rokok. Seperti yang kita ketahui, apa yang terkandung dalam asap rokok semuanya bebahaya. Didalam rokoko itu terdapat bahan kimia seperti asbestos, benzene, formadehyde dan nbanyak lagi.

Umur
  • Pada usia yang semakin meningkat, badan mungkin telah mengumpul sel-sel yang rosak dari masa ke semasa. Pertahanan tubuh juga akan menjadi semakin kurang berkesan dengan pertambahan usia.
Faktor Cara Hidup
  • Diet yang tidak sihat juga boleh menyumbang kepada penyakit ini. Pengambilan banyak buah-buahan dan sayuran yang mengandungi vitamin dan mineral serta anti oksida dapat membantu melindungi tubuh dari bahan yang tidak diperlukan badan dan menyihatkan sistem pertahanan tubuh. Makanan yang berlemak boleh menyumbang kepada obesiti, kurang aktivi fizikal dan mengambil alkohol akan meningkatkan lagi risiko kanser.


Sinaran
  • Pendedahan kepada sinaran radiasi atau bahan radioaktif dan sisa atau output dari aktivit nuklear yang berlebihan dan melebihi dos juga antara penyebab kanser. Tetapi jangan takut untuk melakukan ujian x-ray kerana ia adalah dalam dos yang rendah.
Jangkitan

  • Sesentengah virus mempunyai hubungkait dengan kanser seperti mereka yang dijangkiti virus hepetitis B atau C berisiko untuk mendapat kanser hati. Virus HPV (human papillomavirus) juga dihubungkaitkan dengan kanser servik bagi wanita.
Sistem Imun
  • Tubuh yang mempunyai Sistem imun yang rendah seperti pengidap penyakit IDS dan mereka yang menjadi terapi immunosuppresive
Genetik
  • Mempunyai gen yang diwarisi secara genetik yang menyebabkan kanser. Genetik yang mempunyai kerintangan yang rendah terhadap kesan karsinogen dan juga faktor diet juga boleh menyumbang kepada sel yang tidak normal walaupun tidak mewarisinya

Kebanyakkan Kanser Adalah Disebabkan Oleh Kombinasi Faktor-Faktor

Tidak semua orang yang terdedah kepada karsinogen atau mengamalkan cara hidup yang tidak sihat akan mendapat kanser. Contohnya, tidak semua perokok mendapat kanser paru-paru. Semua dari kita juga terdedah kepada karsinogen dari masa ke semasa.

Badan mempunyai mekanisma yang boleh melindungi kita dari kanser sebenarnay. Sel-sel yang dirosakkan oleh karsinogen akan mengalami pemulihan dengan diri sendiri. Sistem imun badan juga akan memusnahkan sesetengah sel-sel yang tidak normal sebelum ia berganda kepada tumor. Kemungkinan  satu karsinogen dapat merosakkan satu gen dan mungkin dua satu lebih gen perlu dirosak atau diubah bagi menyebabkan sel menjadi berganda secara tidak terkawal.

Dalam kebanyakkan kes, biasanya kombinasi faktor genetik, dedahan kepada karsinogen, umur, diet, keadaan imun sistem dan lain-lain, boleh memainkan peranan yang menyumbang kepada sel menjadi tidak normal dan membenarkan ia berganda secara tidak terkawal sehingga menyumbang kepada kanser.

Bagaimana Kanser dikesan ?


Jika terdapat perkara yang tidak normal terbentuk pada tubuh seperti bengkakkan di bawah kulit atau sakit yang berterusan contohnya batuk yang berterusan, sebaiknya menemui doktor untuk mengetahui apakah puncanya yang sebenar. Pelbagai ujian boleh dijalankan oleh doktor atau pegawai perubatan seperti x-ray, pengimejan ( CT Scan, PET Scan) ujian darah, endoskopi dan macam-macam lagi, bergantung kepada kedudukan benjolan atau tempat yang sakit tersebut. Biasanya biopsi diperlukan untuk mengesahkan lagi sama ada ketidaknomalan itu adalah kanser atau hanya tumor . Biopsi ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu sel tersebut sama ada secara cucukan jarum atau pembedahan yang minor.


Sumber

No comments:

Post a Comment